::Menara Idaman Hati::

Sebenarnya dah lama juga gambar ini diambil, sebelum Ramadhan lagi. Ketika ini aku, Amin 9w2MYR dan Bob 9W2BPT berkunjung ke Alor Setar kerana urusan rasmi persatuan. Menara untuk diletakkan antenna ni kepunyaan Cikgu Aziz 9W2AZE. Apa yang menariknya menara yang bertingkat ini boleh diturunkan untuk kerja-kerja penyelenggaraan atau ketika cuaca buruk berlaku. Modal? kena tanya tuannya lah. Tapi dalam anggaran kurang daripada RM1000.




Kalau kaya lagi boleh lah buat menara macam kat belakang Bob dan Amin ni hehe..gerenti 5 9 boleh tembak mana-mana repeater dan simplek 9W2AZE~Pak Aziz

Eyeball Raya 2

Tarikh : 23 Sept. 2009
Tempat : Restoran KEMTA, Kamunting
Masa : 9.oo malam



Keluarga Abu
Jat memberi tip-tip fotograpi kat Aziz 9W2OPT9W2ABV Abu dengan hasil tangkapan seekor lipan

Eyeball Raya 1

Sempena raya ni memang banyak eyeball secara dirancang dan tak dirancang berlaku.
Maklumlah masing-masing balik kampung dapat lah berjumpa rakan-rakan yang selama
ni berada jauh.
Tapi tak semua dapat dirakam kerana terlupa bawa kamera atau keberatan
nak ambil walaupun kamera berada dalam kereta.

Hari ni Raya ke 4, berkesempatan juga berjumpa Rizal 9w2KRR dan isterinya Rafidah 9w2DAK
di Taiping Central.
Pertemuan di kedai 24 jam ni turut serta Bob Azaini, Sahar dan Abu yang tiba lewat.

Bob 9w2BPT, Sahar 9W2NNR, Rizal 9W2KRR dan Rafidah 9W2DAK

BAKAR LEMANG RAKAN LOKALAN TAIPING

Tarikh : 18 September 2009
Tempat : Perkarangan rumah Jamil 9w2JTJGambar ni kemudian sikit, dah dapat kebenaran baru boleh siar hehe..


pandangan dr jendela rumah ......Zurin 9W2KRX............................Zul 9W2LAD menuang pulut

Pak Aziz 9W2OPT.......................Jamil VZO, Zul dan Zurin............Pak Zain 9W2ZAC

beberapa batang lemang dlm proses siap..........

Pak Zain, Zaharin 9W2JBT dan Khairul 9W2ROT ... Kesian Jamil Tok Janggut ...

Pak Harun 9W2AOC dan Rahmat 9W2RMT............Rahmat bersama Sufian SUF

Pak Zain & Hanafi bercerita pasal hero tamil......... Net Controller Ongah 9W2ONK sedang bertugas

Menikmati lemang yang telah siap......................."Hasil pertama" Jamil, Zaharin, Jai dan Zurin

::Mak Siti Punya Penangan::

Pinangan ke penangan??
tak kisahlah yang penting gerai mak siti dengan kerang-kerang, siput-siput memang best.
Tapi hanya dibuka pada malam hari di bulan ramadhan sahaja.

Kepada sesiapa yang nak meninjau-ninjau di mana lokasinya dalam gps anda boleh la menekan
N 05 08.808' E 100 25.644'




koleksi kerang & siput yang disusun FTT Hanafi... ..Sham 9w2OCC

Pemenang kategeri meja terbersih....................Hanafi menunjukkan cara mengorek siput ngee

Rakan rakan dari Taiping ....................................Antara group budak jahat taiping hehe


Kasih sayang seorang sahabat :p........................yang kanan ni Mak Siti tuan punya kedai

shoot jangan tak shoot Akmal 9w2GTA.................Sampai keluar lidah tu, tapi tak makan pun elegik

Abang Halim HLM juga datang..............................RM13o ajer untuk 12 orang pelantak siput dan kerang