test gambar


Kari Ikan Semilang + Ketam

Makan lagi..
cubaan mencuba nasib ke kedai ini membuahkan hasil jugak walaupun dalam perjalanan duk fikir buka ke tidak kedai ni sebab nombor yang disimpan dalam status tiada dalam perkhidmatan. Tersenyum puas dan wajah aku, bob dan sham menampakkan keriangan tiba-tiba apabila melihat warung makanan tepi sungai tu buka!! Walaupun terpaksa tunggu lama jugak sebab melalui proses sampai duduk pesan dan baru masak, orang panggil apa ya alakat ke apa tak tau macam mana nak eja. Makan di bawah ni 3 ekor ikan semilang (badan goreng, kepala masak kari), 3 ekor ketam , telor goreng, nasi 4 pinggan, air dan ulam ulaman = RM55.00. Makan semua panas-panas nasi dan lauk, berpeluh-peluh patut la sesuai datang petang dan malam :-)
penanda kedai - titi ke dua dan buaya duk landing
pernah dapat liputan di akhbar Metro dan Star, nombor baharu untuk dihubungi.

kalau tak mau makan di dalam boleh makan di luar . atau di belakang kedai ni siap boleh tengok sampan lagi.

Bersama Pemandu Pelancong ke Penang

Semalam Sabtu berouting ke Pulau Mutiara. Hari tu depa pi penang senyap-senyap 11 pagi dah bertolak dari Kamunting bersama Bravo (bukan nama sebenar) dan celok Siera Mike Romio (juga bukan nama sebenar) . Masa tu terdengar di radio rakan-rakan Krian 38 sibuk menuju ke puncak bukit untuk satu projek murni. Syabas dan tahniah kepada mereka.

Di penang memulakan aktiviti dengan makan kenduri seorang kenalan. Lepas tu singgah kedai kamera Elit. Dapatlah servis kamera dan beli sedikit perkakas kamera. Harga murah.

Masa untuk outing pulak. Di empangan mana tah lupa pulak nama tempatnya. Biasalah pemandu pelancong bawa, kami ikut je lah.

Beberapa gambar di belakang tabir.







cubaan untuk snap anak mat salleh yg baju pink lagi comel itu.
SMR sedang memfokus sesuatu dengan kamera barunya..
















Rakan-Rakan Radio di Kem Anugerah Rambu di Sg Kelah, Sungkai

Lama tak update cerita kat blog ni. Jadi masuk lah satu yang berkaitan jugak. Jumaat lepas hingga Ahad ke Sg Kelah untuk bertugas di Kem Anugerah Rambu bagi kontigen Larut Matang Selama.

Alkisahnya pergi memandu seorang kerana yang lain telah bertolak dengan bas awal pagi. Rupa-rupa ada lagi kawan-kawan Fadhil 9W2FPT dan Jamil Yang 9W2JPT juga ke sana dengan kereta masing-masing... apa daaa. Zul  9W2PTZ (betul ke callsign dia ni) dan Nizam 9W2NPT dah sampai awal lagi. 

Masing-masing dengan tugasan masing-masing. Apa-apa pun memang enjoy la perkhemahan ni , tempat pun ok.

Tahniah kepada tuan rumah di Batang Padang. 

"Buat Habis Baik"





                                                                         Baca doa  daa

Fadhil 9W2FPT (kiri) bersama Penyelia Koko Batang Padang dan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak.


Sekitar Mesyuarat Agong ASTRA 2010 di Taiping
























Kunjungan Rakan NESRAC ke Taiping


Malam tadi sempat bersama-sama  beberapa rakan lokalan Taiping Kampungku ke eyeball bersama rakan-rakan dari NESRAC.  Penuh kedai Melah Kopi tu dengan rombongan konvoi, rakan-rakan V38 dan tuan rumah Taiping.

Untuk lihat gambar-gambar eyeball boleh lah ke blog [KAMPUNGKU250]


Kayuhan Le Tua Cyling Club Selama-Ijok-Batu Kurau-Ulu Sepetang-Selama

Dengan tak semena-mena aku nampak segombolan pengayuh basikal melalui jalan raya bersebelahan rumah aku. Aku pun terus mencapai kamera dan memandu kereta mengikut mereka. Almaklumlah jarang-jarang sekali ada acara macam ni kat kawasan aku kat ijok ni.

Rupa-rupanya kumpulan ni diiringi Megat 9W2DMG. Malangnya aku tak dapat mengikuti keseluruhan kayuhan mereka ni sebab ada tugas lain tengah hari tu. Mereka berhenti sekejap di Kg Masjid, Ijok . Di sini ada satu bukit yang sedikit mencabar. 

Syabas kepada mereka.