::Majlis Amal- Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim::

Pada hari Rabu, 26 Ogos saya menemani Bendahari ASTRA pusat Bob Azaini 9W2BPT dan 'penunjuk arah' Hanafi 9W2FTT ke rumah Anak Yatim Nur Hidayah untuk tujuan penyelarasan majlis berbuka puasa kelak.
Penghuni di sini kesemuanya adalah perempuan berusia seawal 7 tahun hingga ke 17 tahun. Semasa kami tiba, Pengerusi Rumah Kebajikan keluar sebentar atas urusan , anak perempuannya yang tinggal bersama anak yatim mempersila kami tunggu di kaki lima "pejabat" sebesar 2 depa. Kelihatan anak-anak yang masih kecil duduk di atas katil sambil memerhati kami. Sementara penghuni yang dewasa daripada mereka sedang sibuk menyediakan juadah berbuka. Boleh dikatakan rumah kebajikan ini masih baru dan serba kekurangan. Menurut kata En. Manaf, mereka amat memerlukan beberapa keperluan lagi termasuklah almari individu untuk kegunaan menyimpan pakaian dan alatan penghuni . Selain itu sumbangan wang dan makanan juga boleh dihulurkan bagi menampung perbelanjaan penghuni sepanjang tahun. Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban mereka.

1. Majlis Berbuka Puasa ASTRA Pusat Dan SM Teknik Taiping Bersama
Anak-Anak Yatim Nur Hidayah, Changkat Jering, Taiping
Tarikh : 12 Sept. 2009 (Sabtu)
Masa: bermula 5.30 petang
Tempat: Dewan SM TEKNIK, Taiping
Jumlah Penghuni : 35 orang perempuan berumur antar 7 -17 tahun
Kordinat GPS : N 04 53.875' E 100 43.990'
SEBARANG SUMBANGAN DAN NFO TAMBAHAN sila rujuk di Blog [KAMPUNGKU250]