::Mangsa Paparazi::


Jangan marah naa

::Sambungan Cerita Semalam Daaa (Eyeball Bukit Larut)::

Macam biasa clik untuk lebih jelas

selamat maju jaya dan selamat berpindah ke KL 9W2SPO

::Majlis Eyeball dan Jamuan Perpisahan 9W2SPO::

Tarikh : 12 Nov 2009
Tempat : Kem Hutan Lipur Kaki Bukit Larut, Taiping.
Masa : Bermula 8 malam

Kerjasama dan kesepakatan rakan-rakan radio Taiping telah menjayakan majlis eyeball ini. Masing-masing telah diberi tugas dan peranan. Dari persiapan tempat, kerusi meja, rempah ratus , ayam kambing, makanan lain, hinggalah kepada PA system dan pembersihan semula tempat. Syabas kepada yang terlibat.

Sedikit gambar daripada kamera teman yang tidak seberapa untuk kenang-kenangan. Terima kasih juga kepada VZO kerana mengambil shoot beberapa gambar di bawah.
Seperti biasa clik pada gambar untuk lebih jelas..

Photobucket
eyeball2
Gambar-gambar lain akan dimuatkan kemudian.. jangan mareee

::Candid Berkhemah di Kaki Bukit Larut::

Lokasi: Tapak Khemah Hutan Liput Kaki Bukit Larut, taiping
Tarikh : 6-8 Nov 2009

Photobucket

Photobucket

::Putrajaya::

Entry ni agak tertinggal keretapi sedikit, tetapi aku masukkan kan juga lah untuk kenang-kenangan kemudian hari.
Minggu lepas 2 Nov aku menemankan Abu 9w2ABV menguruskan harmoniknya Zul 9W2ZVL mendaftar diri untuk penempatan penjawat awam.
Semasa di sini dapat mengenali 9w2SVO Solihin yang juga bekerja di situ. Sempat juga makan nasi briyani gam yang popular di pinggir putrajaya tu. perghh mabeles siap ada live band lagi siang-siang tu .

::Prasarana Kem Kaki Bkt Larut -Tempat Eyeball::

Rakan-rakan di lokalan Taiping dah tahu tempat ini.
Saja tunjuk gambar untuk info rakan-rakan luar mengetahui keadaan dan rupa tapak Kem Hutan Lipur Kaki Bukit Larut, Taiping.

Sila clik untuk lebih jelas.

::Eyeball Khas Meraikan Rakan

~:Hanya sekadar menyampaikan perkara yang baik:~
Majlis Eyeball Rakan Ham Taiping dan Meraikan 9w2SPO

Tarikh : 12 hb Nov 2009
Hari : Khamis
Waktu : 4.00 - 12.00 malam
petang untuk siap2 tempat, siaraya dan makanan
Tempat : Tapak Perkhemahan Jabatan Hutan Kaki Bukit Larut, Taiping
Bayaran : RM 20 pukul rata tak kira sorang atau keluarga (kalau bawa sepupu kira lain la pulak hehe)
- itu duit kasi pada Hanafi 9w2FTT merangkap peneraju moreh
Menu: Macam-macam ada, nak makan apa? Kambing bakar, seafood, ayam nasi semua ada
nak bawa menu dari rumah juga dialu-alukan
Acara : Bersesuaian dengan tujuan, tapi ada karoeke !!

Teman sekadar menyampaikan kalau maklumat salah harap dimaafi. Boleh lah bertanya2 dengan rakan2 di lokalan