::Eyeball V46 di Kuala Kubu Bharu::

Bertempat di Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu, rakan-rakan radio amatur V46 telah mengadakan eyeball pada 31 Januari 2010.Kebetulan orang rumah orang Kuala Kubu Bharu jadi aku pun ambil kesempatan lah untuk pulang dan ke tempat tersebut. Pak Yob 9W2YR yang tiba awal telah pun memulakan kayuhan ke Bukit Fraser untuk menguji trek barangkali. Begitu juga dengan Pak Salleh 9W2OOS.Selain berkenal mesra dan makan-makan, pihak tuan rumah juga mengadakan demontrasi memadam kebakaran, melihat jentera bomba, dan cabutan bertuah. Aku jugak yang tak bertuah . Terima kasih kepada rakan-rakan Kuala Kubu Bharu. Moga bertemu lagi di acara yang lain.

Pak Mahadi kata " Eddie, ingat orang belakang.. buka satu platik lagi eddie.."




Hadiah dan cenderamata disampaikan oleh Pak Jaafar 9W2BVC

::Anda Tak Mau Main Radio Dah?

Jika anda tidak mahu main radio atau anda mempunyai banyak radio tetapi ingin menjual satu, maka anda lah yang kami cari.

Sila lah menghubungi saya dengan menyatakan harga yang berpatutan. 

Iklan ni saja je nak tolong kawan dapatkan second hand radio terutama jenis ICOM 2200 atau 8000.

Depa pi Cameron kita pi Penang.

Ahad lepas ketika rakan2 kayuhan taiping OCC, VZO dan DMG ke Cameron Highland, aku dan bravo pula ke Penang untuk menghadiri bengkel kamera sony dan photograpy . Asalnya Ayahcho pun ikut tapi last minute ada hal lak.Perjalanan tak la jauh tapi rasa was was ( berpunca daripada bravo gak) akan tempatnya walaupun dah tengok kat internet sebelum pergi. Jadi sah la tempatnya di sebuah hotel di penghujung batu feringghi.. ramai juga pesertanya. semua kaum ada, 1 malaysia ma

 




Antara model yang disediakan oleh pihak penganjur.. aaaummm.
Sebelum pulang sempat bertukar tukar number fon untuk apa-apa rancangan akan datang

Pasembor padang kota.. silap main letak je apa nak makan
mau cecah puluh puluh ringgit ni.cendol biasa pun dah RM3