Kayuhan Le Tua Cyling Club Selama-Ijok-Batu Kurau-Ulu Sepetang-Selama

Dengan tak semena-mena aku nampak segombolan pengayuh basikal melalui jalan raya bersebelahan rumah aku. Aku pun terus mencapai kamera dan memandu kereta mengikut mereka. Almaklumlah jarang-jarang sekali ada acara macam ni kat kawasan aku kat ijok ni.

Rupa-rupanya kumpulan ni diiringi Megat 9W2DMG. Malangnya aku tak dapat mengikuti keseluruhan kayuhan mereka ni sebab ada tugas lain tengah hari tu. Mereka berhenti sekejap di Kg Masjid, Ijok . Di sini ada satu bukit yang sedikit mencabar. 

Syabas kepada mereka. 






Majlis Hari Jadi Harmonic 9W2AOC

Selepas habis kerja mengambil gambar di rumah mertua Hanafi 9W2FTT di kg expo, terus bergerak ke rumah Harun AOC untuk majlis hari jadi anaknya.. nampaknya sampai awal lepas tu baru la Victor VZO dan Jai ATD sampai.Katanya lepas tu ada acara lepas geram tembak menembak, tapi teman balik awal la pulak sebab dah kepenatan dan lenguh sana sini.

Sedikit foto sebagai tanda ingatan. Terima kasih bang Harun dan isterinya atas jemputan. Rajin betul buat majlis makan-makan untuk kawan-kawan :-)

Lepas makan bebudak ni main bola pulak. Teringat masa kecik-kecik dulu ada tiang gol kayu macam ni dan bola plastik itam putih dah cukup dah. dulu-dulu kongsi duit beli bola macam ni. 


::Gambar Kenangan Bengkel Fotografi Sony::

Tempat dituju pun sudah dekat sebab bermalam di hotel berhampiran dengan tempat ini. Masalahnya mata mengantuk sebab menemankan rakan-rakan tango-tango sampai jam 4 pagi.






Bergambar ramai-ramai sebelum bersurai.

::Khabar untuk Rakan::

Jumaat kemarin aku dan Abang Bravo ke KL pulak. "Pasal apa aku pulak? Suka sangat libatkan aku" kata abang Bravo.

Sebelum sampai KL, kami singgah dahulu ke Kuala Kubu Bharu sebab aku ada barang nak tinggalkan kat rumah keluarga xyl aku kat situ. Sempat juga tango-tango dengan Hamidi 9w2MDP dan swal abang Boy dan abang Anuar. Kedai yang dipilih pun strategik .

Sampai di KL bertemu pula abang Halim HLM, Amirul AXS dan seorang lagi Saiful kot yang hendak ke Melaka dan juga Aki AKY dan Fazli BDZ . Apa lagi pekena makan-makan la kat kampung baru sampai jam 4 pagi. 

Aktiviti diteruskan dengan menghadiri bengkel berkaitan kamera di salah satu hotel kat area cau kit tu, jadi jangan heran lah kalau masa kat trans tu aku dan mereka ada di situ. Jangan cepat menuduh kata abang bravo lagi.

Hasrat nak tengok teater tak kesampaian kerana pertunjukan hari kedua dan akhir ditangguhkan. Jadi  aktivi lain la pulak nampak gayanya.  

Minta maaf kat pak yop terutamanya kerana tak dapat nak ke kelana jaya sebab ada urusan sedikit. 

                                                 Tajuk gambar "Dimana abang Bob berada?"

::Lagi Eyeball v46 Kuala Kubu Bharu::


Juga boleh ke blog [9W2MDP] untuk gambar-gambar aktiviti ini