::Special Edition::

Mungkin ramai yang sudah melihat basikal baring Pak Yop ni. Bagi aku, baru pertama kali tengok depan mata semasa di Kangar hari tu.
Ada la ambil ambil gambar tapi kelabu lak, jadi tak dapat nak dimuatkan dalam entry sebelum ni. Selepas pertanyaan daripada 9W2DOL dan Sham OCC yang buat link tapi aku tak dapat aku pun memulakan operasi ke blog-blog basikal.
Belek-punya belek jumpa gambar Pak Yop dengan basikalnya di entry Red Flag ni kat blog geng basikal. Terima kasih kepada pemilik [blog ni]. Sorry la kalau terlambat. Ini pun kira buat kenangan aku la juga. Setelah ubah suai gambar jadi la benda nihPak Yop dan Basikal Baringnyer memang menjadi perhatian orang ramai dan kamera.



::Hari Kedua Kami Sama-sama Melancong Hehe::

Ni sambungan daripada cerita kat Victor, paparazi biasa la akan berkeliaran keh keh. Victor pun paparazi juga, dia pun ada ambil gambar.

Tengah ada bahan ni boleh lah masuk buat entry, esok lusa bersarang la balik blog xray papa tango ni.

Hari kedua krew support car dan pengayuh melancong bersama-sama.

Aku pun seronok bersama dengan Cycling Hams Malaysia ni, pengalaman pertama aku bersama dengan mereka membuatkan aku memahami minat dan serba sedikit tentang basikal ni. Bila mau beli?? duit belum cukup ma

Juga kepada patner stering aku, Bravo (bukan nama sebenar ) yang juga selama ni dia juga seorang blogger tegar . Rasa selamat lah juga sebab banyak pantang larang disini dia turunkan kat aku. Yang paling utama jangan tunjuk dan renung gambar raja mereka lama-lama dan jangan bunyi hon. Yang lain tu sendiri mau ingat ma.

Nak tau apa yang dorang ni dok tengok kat kedai makan ni?Ya tepat sekali, mereka sedang melihat aksi Megat DMG membuat roti canai nya..Ini di kedai radio, tempat tak tau, bila dah konar sana sini aku pun tak tau dah.. sila tanya megat. Ada rakan kita Bro Bravo (bukan nama sebenar beli menatang kat bawah ni.. Lepas ni nak jadi pembekal lak, boleh la tanya-tanya beliau kalau berminat. Sebelum memasuki sempadan Malaysia semula sempat lagi pekena air nenas special kat padang besar (rasa nya la kot)Dan sempat pula singgah di pusat ternakan burung unta ni..dekat dah dengan kangar.
Thanks Victor ambil gambar ni.. hehe lawak la pulak aku tengok . ngeri lak tengok tenkuk burung unta yang panjang tu huhu.



::Kunjungan Silaturrahim Hotel Siera Nine HS9::

Boleh dikatakan disamping mengiringi pasukan Cycling Hams ke Kayuhan KPLR 09 ke Hadyai , dapat juga buat pertama kali bertemu rakan-rakan hams di sebelah Thailand yang bermula dengan HS9 (Hotel Siera Nine) ni.

Rakan-rakan Perlis yang diketuai sendiri Pengurus Astra negeri bro Bakri 9w2KRE disamping Hasimi 9w2CME, Fozi 9w2SDU, dan bro Sohaimi 9w2IKU menemankan aku dan Bob 9w2BPT. Sepanjang jalan berkomunikasi melalui radio lebih senang dan jimat. Mula-mula bertemu dengan HS9KMA lupa pula nama dia ni, nama pekan ni pun aku tak tahu. Nama-nama di atas tu tahu la kot.

HS9KMA ni seorang pengusaha bengkel kereta. Jadi jika berkereta ke Selatan Thai dan bermasalah boleh lah menghubungi beliau ni. Cuma satu je masalah bahasa. Yang aku perati dia tak pandai berbahasa melayu, eh pe masalah nya ye tak? Dah dia dok thailand nak buat apa cakap melayu , ada dia kisah haha.


Isterinya menghidangkan kuih, kalau kat sini macam kuih gelang tapi ada bonjol satu kat belah dalam hehe. Rasanya tersangattttt lah manis tapi sedap. Ni gambar kuih tu... amacam ok tak?Sebelum meneruskan perjalanan sempatlah bergambar kenangan... klik klik..


Seterusnya bergerak lagi.. rakan-rakan perlis qso dengan hams di sini yang dikenali sebagai Mat melalui frekuesi simplex. Bila sampai ke lokasi beliau memancar di rumah kelab di Ban Koh Mee baru la tau patut la jauh sudah boleh dapat .. menara tinggi .

Menarik rumah kelab ni siap dengan kemudahan lengkap tido baring, makanan dan minuman segera dan berhawa dingin pulak tu. Di sini penduduknya 90 % Islam dan 150 orang adalah pengendali radio termasuk tok imamnya sekali.. Agaknya nak nikah sini leh calling2 kot untuk booking... aishhhh suker la teman
Aku tak ada dalam dua-dua gambar di atas. Yang di bawah ni bangunan kelab mereka

Malam bertemu semula dengan rakan-rakan HS9 ni .. kami menjamu selera di gerai .. lazat-lazat makanan di sini yang penting orang Islam sediakan. Makan kena jaga ma

::Gambar Candid di KPLR 09 pulak::

Gambar ada lagi ni.. daripada disimpan baik dipaparkan untuk tatapan dan kenangan rakan-rakan yang mengikuti kayuhan ini. Sebelum tu tuan tanah nak minta maaf la jika gambar yang disiarkan dari entry sebelum ini sampai entry ini kurang menyenangkan hati. Kabo la kat teman boleh teman buat tindakan susulan.
Kalau ada gambar anda dan berkenan ambil sahaja, teman tak de halnya.
Cuma ingatan sekadar gambar biasa sahaja.Gadis thai

Pengayuh Malaysia
Penjaga sempadansalah satu kereta pengiring @ mashall.. tak tau lak teman
Terpaksalah abang tu repair basikal kawan, kalau tak kena pukul dengan dua orang yang cekak pinggang tu hehe
Apa-apa pun kasi berasap dulu sebelum memulakan tugas untuk teamberkenan pulak tengok basikal ni.pasangan ni dari Grik kot. sapa tau??
Nikmat kena air selepas tamat kayuhan

LAGI GAMBAR KPLR KAYUH PECAH LEMAK RAYA 09

Jam 5 pagi dah terdengar rakan-rakan Cycling Hams Malaysia yang menginap di Home Stay di Kangar bangun. Bunyi orkestra yang bersilang seli dari rakan rakan-rakan yang nyenyak tidor telah mengejutkan abang Nasir jam 3 pagi tu hehe.. Terpaksalah beratur menunggu masuk bilik mandi yang berkongsi dengan tandas. Menjelang jam 7 semua dah siap dan bergegas ke SM Putra.
Kayuhan awal

Abang Nasir 9M2NNL bersama Mi

Din 9W2SDI memulakan kayuhan, dibelakang beliau Pak Yop

Support Car Crew bersama 3 pengayuh daripada Cyling Hams Malaysia

Abang Nasir, Megat dan Pak Yop dah bersedia tu, jauh oo

Si Cilik dicelah-celah pengayuh dewasa.. steady adik

Perit mendaki bukit ke bang.. Nak tumpang tak ?

Basikal Sham yang mengalami kerosakan sebelum memasuki sempadan

Semangat berpasukan, Bro Jamil a.k.a Victor membaiki kerosakan

Berbual kosong.. sempadan bukan penghalang

Antara Pengayuh wanita yang kelihatan

Memasuki laluan Negara Thailand

Tulisan apa da kat tepi ni, yang aku tau ni dekat stesen minyak.

Bagi sokongan..

Hotel Florida tempat penginapan peserta.

SAWADDEE KRAB ~ Kayuh Pecah Lemak Raya 09

Sebahagian suasana yang sempat dirakamkan terutama gambar-gambar Cycling Ham Team.
HARI BERGERAK: 16 Okt 09
Tempat Berkumpul Konvoi rakan-rakan di Tol Sg Dua

sementara menunggu elok la tengok-tengok apa yang patut
Hamzah, Pak Yop, Megat, Sham dan Bob. (Sham macam tau je dia akan naik 4x4 tu hehe)

Makan bubur kacang kiter

2+1 SUPPORT CAR SAMBIL JUMPA RAKAN HAM THAILAND::

Akan dimuatkan kemudian.. jangan maraaa na

::TERIMA KASIH RAKAN2 DI PERLIS::

Terima kasih kepada rakan-rakan radio amatur di Perlis kerana menyambut kami sempena Kayuh Pecah Lemak Raya (KPLR) 2009 pada 17 & 18 Okt . Kalau nak senarai kan nama ramai. Ada yang biasa terdengar audio di trannasional ASTRA, baru pulak bersua muka mengenali empunya callsign. Kami yang tiba di Home Stay pada jam 9 malam itu telah disambut meriah dengan dihidangkan nasi goreng, beranika kuih muih yang sedap-sedap. Lewat malam dihidangkan pula dengan air nira, dibawa oleh pak suhaimi IKU (maaf jika maklumat tak tepat)
Home Stay pun cantik dan selesa reka bentuk rumah kampung Melayu. Ruan dapur dan kaki lima yang bersimen sesuai untuk rakan-rakan basikal untuk memasang basikal masing-masing sebelum melelapkan mata. Kedudukan home stay ini tidak jauh daripada rumah 9W2CAN.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan Perlis dan Kedah 9W2SDU, 9W2IKU, 9W2CME dan 9W2KRE yang turut ikut berkonvoi dengan kereta mengikuti Support Car pasukan Radio Ham.



Sempat lagi malam bermuzakarah Bendahari ASTRA saudara Bob, bersama Pak Yop 9W2YR , Megat 9W2DMG dan rakan-rakan Perlis di anjung rumah .sebahagian daripada wajah dan suasana di Perlis. (untu lebih jelas sila klik)