::Hari Kedua Pak Bara-Perlis

Seawal 6.15 pagi, rakan-rakan MTB Perlis dan Cyling Ham telah bersiap untuk berkayuh pulang. Sementara yang lain masih di tempat penginapan

1Rakimi, Hamzah, Jen dan Xray menemankan Pak Yop, Lizam dan lain-lain
sarapan nasi dan roti canai yang dibuat oleh awek di bawah ni... memang sedap!!34. salam selamat dari Megat kepada abang Ron 5 (keterangan tak lengkap -siapa pengayuh kat tepi ni?)6789.
..satu satu gambar dimuatkan....
kesilapan nama atau ketidakselesaan harap dimaafkan. Harap dapat diberitahu jika ada kesilapan nama atau sebagainya. Jika berminat untuk melihat gambar gambar lain boleh tinggalkan email anda di shoutbox di atas atau ambil terus di blog ini.

Kayuhan Pak Bara Lagiii..

Bergambar bersama pengayuh daripada ThailandSemangat kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan basikal daripada ThailandPak Ron bergaya di selekoh di pekan ChalungMeneruskan kayuhan ke simpang Trang sambil diiringi pasukan PBSM. Time ni Support Car merangkap paparazi telah tersilap arah terus ke Satun sebelum berpatah balik hehe.Gaya tersendiri daripada Pak Yop 9W2YRMizi 9w2SWL menjulang basikal. Mizi antara lima terawal di penamat Pasukan PBSM memberi bantuan kecemasan kepada Megat sambil diperhati Edy dan Burt WPCMegat bersama Edy 9w2EDK berehat seketika.Walaupun
kayuhan santai dapat juga menghabiskan trek.Pakarang Resort, Pak Bara. Tempat PenginapanRakan-rakan Perlis Bakri KRE, Fozi SDU, Mi CME yang mengiringi pasukan
kayuhan. Tanpa mereka payah juga nak paham cakap orang Thailand

Kayuhan Muhibah Kangar - Pak Para - Kangar

Antara wajah-wajah yang menjayakan program kemarin, mana yang sempat dirakamkan. InsyaAllah gambar-gambar lain akan menyusur kemudian.Photobucket
Mana-mana rakan yang mengikuti kayuhan ini dan berminat untuk melihat gambar-gambar yang diambil boleh lah menyatakan dishoutbox atau menghantar email kepada saya di azizanmurad@gmail.com
Walaubagaimana pun gambar yang diambil tidak lah banyak dan tidak pula boleh dimasukkan kesemuanya dalam blog ini.
Mana-mana yang ada tu kita kongsi lah bersama untuk dijadikan kenang-kenangan

::Kawan-kawan Mengetes Alza::



Ini cerita stok lama sikit.. tak sempat upload sebab masaa tu internet terputus kat area rumah teman. Untuk dijadikan kenang-kenangan bersama teman masukkan lah juga.
Hari kedua semasa model ni dilancarkan teman bersama Bravo, Megat dan Victor (semua bukan nama sebenar hehe) ke pusat jualan terus mengetes kereta juga mpv ni..

::RAE Utara::

Aku dan Bravo BPT tiba agak lewat di USM petang tu.. kira-kira jam 3.30 petang baru sampai. Sebelum sampai kelihatan beberapa kereta berantena telah keluar dari perkarangan USM tu , boleh dikatakan frekuensi local penuh dengan perbualan rakan-rakan.
walaupun ada kejadian yang tak diingini berlaku, biarlah dijadikan tauladan. Masih ada yang perlu ditanya dan diberi penerangan. Kalau berminat bolehlah merujuk pendapat rakan kita ni [DISINI]
Senarai nama calon yang menduduki RAE zon UtaraMenunggu rakan-rakan yang menduduki exam sambil tu berjumpa rakan-rakan HAM
Dua dari SIK Dua dari Taiping - Amirul, Cey, Nizam dan Victor(Jamil)

::Bersediakah Ke Pak Bara::

Pada 25hb Disember ni, satu lakaran sejarah akan tercipta lagi (ayat fakta campur jiwang sikit). Kayuhan merestas dua negara akan disertai oleh beberapa pengayuh dari peminat radio amatur, keluarga , support car, penyokong dan paparazi melencong.

Telah bersediakan mereka??

Pak Bara.. saya mesti pilehhhhh.. haha

::Jom Pakat2 Pergi Rumah Pengantin ZLA~Azizal::

Ada tak rakan-rakan Taiping yang hendak berkonvoi atau mencari rakan-rakan memenuhkan kerusi kereta untuk ke majlis 9w2zla Azizal esok ni??
Bukannya jauh kat Parit jer... boleh la kita masuk frekuensi kat sana hehe..
Jemputan tuan punya badan untuk semua rakan-rakan sila rujuk [SINI]
Selamat Pengantin Baru untuk Azizal..

Calling Channel 145.500 (V40)

Biasanya apabila kita memasuki kawasan lain kita akan merujuk frekuensi yang biasa digunakan di kawasan tersebut seperti di Taiping 145.250 (V20), Kuala Kangsar 145.350, Kerian 145.475 dan sebagainya untuk berhubung.

Bagi yang tidak tahu frekuensi simplex yang digunakan, maka cara yang biasa digunakan scan atau monitor dan bertanya di repeater .

Anda mungkin biasa berselisih atau berada di depan dan belakang kenderaan yang sama-sama mempunya radio. Apabila ternampak antenna dan callsign rakan tu hati terdetik untuk bertegur. Bila panggil rakan tu tak menyahut pulak, satu masalah pulak, mungkin dia monitor frekuensi lain. Mula la acara memintas dan menunjukkan isyarat jari frekuensi yang anda ingin gunakan.

Kisah ni terjadi pada aku juga sewaktu perjalanan turun dari Cameron Highland ke Simpang Pulai. Hari pulak hujan. Memang aku tak tahu pun simplex channel CH ni, dulu boleh juga monitor Local Brincang atau repeater astra Brincang.

So elok juga aku set kan calling channel rasmi 145.500 (V40), alhamdulillah ditegur oleh seorang rakan ham 9w2ILK. Dikenali sebagai Apek dan rakan dari CH. Dapatlah berbual sampai menghampir Simpang Pulai sebelum masing-masing meneruskan perjalanan.