6:21 AM
xraypapatango
Seawal 6.15 pagi, rakan-rakan MTB Perlis dan Cyling Ham telah bersiap untuk berkayuh pulang. Sementara yang lain masih di tempat penginapan
1
Rakimi, Hamzah, Jen dan Xray menemankan Pak Yop, Lizam dan lain-lain
sarapan nasi dan roti canai yang dibuat oleh awek di bawah ni... memang sedap!!
3
4. salam selamat dari Megat kepada abang Ron
5 (keterangan tak lengkap -siapa pengayuh kat tepi ni?)
6
7
8
9.
..satu satu gambar dimuatkan....
kesilapan nama atau ketidakselesaan harap dimaafkan. Harap dapat diberitahu jika ada kesilapan nama atau sebagainya. Jika berminat untuk melihat gambar gambar lain boleh tinggalkan email anda di shoutbox di atas atau ambil terus di blog ini.
6:46 AM
xraypapatango


Ini cerita stok lama sikit.. tak sempat upload sebab masaa tu internet terputus kat area rumah teman. Untuk dijadikan kenang-kenangan bersama teman masukkan lah juga.
Hari kedua semasa model ni dilancarkan teman bersama Bravo, Megat dan Victor (semua bukan nama sebenar hehe) ke pusat jualan terus mengetes kereta juga mpv ni..
6:01 AM
xraypapatango
Aku dan Bravo BPT tiba agak lewat di USM petang tu.. kira-kira jam 3.30 petang baru sampai. Sebelum sampai kelihatan beberapa kereta berantena telah keluar dari perkarangan USM tu , boleh dikatakan frekuensi local penuh dengan perbualan rakan-rakan.
walaupun ada kejadian yang tak diingini berlaku, biarlah dijadikan tauladan. Masih ada yang perlu ditanya dan diberi penerangan. Kalau berminat bolehlah merujuk pendapat rakan kita ni [DISINI]

Senarai nama calon yang menduduki RAE zon Utara

Menunggu rakan-rakan yang menduduki exam sambil tu berjumpa rakan-rakan HAM
6:18 PM
xraypapatango
Biasanya apabila kita memasuki kawasan lain kita akan merujuk frekuensi yang biasa digunakan di kawasan tersebut seperti di Taiping 145.250 (V20), Kuala Kangsar 145.350, Kerian 145.475 dan sebagainya untuk berhubung.
Bagi yang tidak tahu frekuensi simplex yang digunakan, maka cara yang biasa digunakan scan atau monitor dan bertanya di repeater .
Anda mungkin biasa berselisih atau berada di depan dan belakang kenderaan yang sama-sama mempunya radio. Apabila ternampak antenna dan callsign rakan tu hati terdetik untuk bertegur. Bila panggil rakan tu tak menyahut pulak, satu masalah pulak, mungkin dia monitor frekuensi lain. Mula la acara memintas dan menunjukkan isyarat jari frekuensi yang anda ingin gunakan.
Kisah ni terjadi pada aku juga sewaktu perjalanan turun dari Cameron Highland ke Simpang Pulai. Hari pulak hujan. Memang aku tak tahu pun simplex channel CH ni, dulu boleh juga monitor Local Brincang atau repeater astra Brincang.
So elok juga aku set kan calling channel rasmi 145.500 (V40), alhamdulillah ditegur oleh seorang rakan ham 9w2ILK. Dikenali sebagai Apek dan rakan dari CH. Dapatlah berbual sampai menghampir Simpang Pulai sebelum masing-masing meneruskan perjalanan.