Kari Ikan Semilang + Ketam

Makan lagi..
cubaan mencuba nasib ke kedai ini membuahkan hasil jugak walaupun dalam perjalanan duk fikir buka ke tidak kedai ni sebab nombor yang disimpan dalam status tiada dalam perkhidmatan. Tersenyum puas dan wajah aku, bob dan sham menampakkan keriangan tiba-tiba apabila melihat warung makanan tepi sungai tu buka!! Walaupun terpaksa tunggu lama jugak sebab melalui proses sampai duduk pesan dan baru masak, orang panggil apa ya alakat ke apa tak tau macam mana nak eja. Makan di bawah ni 3 ekor ikan semilang (badan goreng, kepala masak kari), 3 ekor ketam , telor goreng, nasi 4 pinggan, air dan ulam ulaman = RM55.00. Makan semua panas-panas nasi dan lauk, berpeluh-peluh patut la sesuai datang petang dan malam :-)
penanda kedai - titi ke dua dan buaya duk landing
pernah dapat liputan di akhbar Metro dan Star, nombor baharu untuk dihubungi.

kalau tak mau makan di dalam boleh makan di luar . atau di belakang kedai ni siap boleh tengok sampan lagi.