ASTRA , SM Teknik Bersama Anak Yatim Nur Hidayah - Bhgn 2


untuk melihat gambar-gambar lain majlis ini boleh lah mengunjungi ke blog
[9W2ROT -Khairul~Sicakah RotScot]
[9W2OPT -Aziz~Ayahchoo Kabo Ngan Gambo]












Rumah Anak Yatim Nur Hidayah Part 1

Tarikh : 12 hb Sept 2009
Tempat : SM Teknik, Taiping.
Majlis bersama ini ASTRA dan SM Teknik Taiping diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Changkat Jering, Taiping. Lebih kurang jam 6.30 petang, Satu persatu wajah manis dan berbaju kurung biru turun daru bas dan terus ke dewan makan. Ketibaan mereka dengan bas SM Teknik sepatutnya diiringi penunggang-penunggang moto berkuasa tinggi tetapi disebabkan hujan, ketibaan mereka agak lewat.

Anak-anak Yatim Nur Hidayah diraikan oleh guru-guru SM Teknik dan ahli-ahli radio amatur dari ASTRA. Turut hadir 22 penunggang motor berkuasa tinggi yang turut menyampaikan sumbangan peribadi.

Acara ringkas tetapi memenuhi matlamat ini selesai lebih kurang jam 10.15 malam dengan majlis penyampaian duit raya, sumbangan kepada pengurusan, sembahyang berjemaah dan bacaan yassin.
Menu dipadankan dengan nasi beriani disediakan selepas selesai solat Magrib
Setiausaha ASTRA pusat Amin 9W2MYR Hj Rahman (9W2HRS), Azhar 9M2AZZ) dan Akmal 9w2GTA
Turut hadir Fauzi (9W2APH) dari Selangor

buah tangan dari penganjur
dari kiri : Abu ABV, Azizan XPT, Khairul ROT, Azhar LPP & Naim NIM
En. Rosli, Pengurus ASTRA negeri Perak menyampaikan sumbangan
Hj. Rahman (kiri) bersama pengurus Rumah Anak Yatim Nur HidayahPenunggang motosikal berkuasa tinggi bergambar bersama sebahagian
penghuni Rumah Nur Hidayah, sementara yang lain berada di surau.

::Majlis Amal- Berbuka Puasa Bersama Anak2 Yatim::

Pada hari Rabu, 26 Ogos saya menemani Bendahari ASTRA pusat Bob Azaini 9W2BPT dan 'penunjuk arah' Hanafi 9W2FTT ke rumah Anak Yatim Nur Hidayah untuk tujuan penyelarasan majlis berbuka puasa kelak.
Penghuni di sini kesemuanya adalah perempuan berusia seawal 7 tahun hingga ke 17 tahun. Semasa kami tiba, Pengerusi Rumah Kebajikan keluar sebentar atas urusan , anak perempuannya yang tinggal bersama anak yatim mempersila kami tunggu di kaki lima "pejabat" sebesar 2 depa. Kelihatan anak-anak yang masih kecil duduk di atas katil sambil memerhati kami. Sementara penghuni yang dewasa daripada mereka sedang sibuk menyediakan juadah berbuka. Boleh dikatakan rumah kebajikan ini masih baru dan serba kekurangan. Menurut kata En. Manaf, mereka amat memerlukan beberapa keperluan lagi termasuklah almari individu untuk kegunaan menyimpan pakaian dan alatan penghuni . Selain itu sumbangan wang dan makanan juga boleh dihulurkan bagi menampung perbelanjaan penghuni sepanjang tahun. Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban mereka.

1. Majlis Berbuka Puasa ASTRA Pusat Dan SM Teknik Taiping Bersama
Anak-Anak Yatim Nur Hidayah, Changkat Jering, Taiping
Tarikh : 12 Sept. 2009 (Sabtu)
Masa: bermula 5.30 petang
Tempat: Dewan SM TEKNIK, Taiping
Jumlah Penghuni : 35 orang perempuan berumur antar 7 -17 tahun
Kordinat GPS : N 04 53.875' E 100 43.990'
SEBARANG SUMBANGAN DAN NFO TAMBAHAN sila rujuk di Blog [KAMPUNGKU250]

:Moreh di Kemunting Timur::

Boleh dikatakan hampir setiap malam, selepas sembahyang taraweh, rakan-rakan HAM mengadakan "moreh" di Restoran Kamunting Timur, Kamunting (kira 2 km dri Taiping Sentral). Banyak hidangan disediakan oleh tokey kedai tetapi jemaah Ham ni lebih gemar menikmati air saja seperti teh o, nescafe dan teh tarik yang taraf gelas. Sekali sekala saja baru nak makan sup -sup atau kentang goreng. Ramai rakan -rakan ke sini , antara pengunjung tetap ialah abg Bravo BPT, Hanafi FTT dan Jalil JTT.

Bersama peneraju moreh.. "al ustaz" Hanafi :-)Pilih saja yang mana berkenan, tapi lepas tu letak le RM mengikut agak2 berapa anda makan.

Gambar-Gambar di shoot oleh ROT menggunakan sony alpha330

::Makan-Makan di Wan Seafood::


Malam tadi 20 Ogos diadakan eyeball khasi Wan Seafood sempena meraikan rakan radio iaitu Zurin mendapat sayap petang semalam dengan memegang callsign 9w2KRX. Yang bestnya majlis makan-makan disponsore sendiri oleh tuan punya badan. Antara rakan-rakan yang dapat hadir
Megat 9w2DMG
Sham 9W2OCC
Zaharin 9w2JBT
Harun 9W2AOC
Hanafi 9W2FTT
Ramizan 9W2RMX
Saipul 9W2SPO
Bob Nizam 9W2XVL
Jamil 9W2VZO
Jai 9W2ATD
Abu 9W2ABV
Xray 9W2XPT




APR JOTA Di Taiping

Tarikh 1 Ogos 2009
diadakan di Wisma Pandu Puteri, Taiping.
kehadiran lebih kurang 200 orang pengakap dari sekolah-sekolah menengah di daerah Larut Matang Selama.
Pak Mohti 9M2FT bersama stesen master APR Jota Pengakap Taiping 9M2AZZ pak Azhar dan Bob AzainiEn. Aziz 9W2OPT di barisan hadapan anak-anak pengakapNizam 9W2NPT memberi penerangan berkaitan radio amatur

Antara ahli pengakap di daerah Larut Matang Selama, Perak yang mengambil bahagian