Rumah Anak Yatim Nur Hidayah Part 1

Tarikh : 12 hb Sept 2009
Tempat : SM Teknik, Taiping.
Majlis bersama ini ASTRA dan SM Teknik Taiping diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Changkat Jering, Taiping. Lebih kurang jam 6.30 petang, Satu persatu wajah manis dan berbaju kurung biru turun daru bas dan terus ke dewan makan. Ketibaan mereka dengan bas SM Teknik sepatutnya diiringi penunggang-penunggang moto berkuasa tinggi tetapi disebabkan hujan, ketibaan mereka agak lewat.

Anak-anak Yatim Nur Hidayah diraikan oleh guru-guru SM Teknik dan ahli-ahli radio amatur dari ASTRA. Turut hadir 22 penunggang motor berkuasa tinggi yang turut menyampaikan sumbangan peribadi.

Acara ringkas tetapi memenuhi matlamat ini selesai lebih kurang jam 10.15 malam dengan majlis penyampaian duit raya, sumbangan kepada pengurusan, sembahyang berjemaah dan bacaan yassin.
Menu dipadankan dengan nasi beriani disediakan selepas selesai solat Magrib
Setiausaha ASTRA pusat Amin 9W2MYR Hj Rahman (9W2HRS), Azhar 9M2AZZ) dan Akmal 9w2GTA
Turut hadir Fauzi (9W2APH) dari Selangor

buah tangan dari penganjur
dari kiri : Abu ABV, Azizan XPT, Khairul ROT, Azhar LPP & Naim NIM
En. Rosli, Pengurus ASTRA negeri Perak menyampaikan sumbangan
Hj. Rahman (kiri) bersama pengurus Rumah Anak Yatim Nur HidayahPenunggang motosikal berkuasa tinggi bergambar bersama sebahagian
penghuni Rumah Nur Hidayah, sementara yang lain berada di surau.