Eyeball Raya 1

Sempena raya ni memang banyak eyeball secara dirancang dan tak dirancang berlaku.
Maklumlah masing-masing balik kampung dapat lah berjumpa rakan-rakan yang selama
ni berada jauh.
Tapi tak semua dapat dirakam kerana terlupa bawa kamera atau keberatan
nak ambil walaupun kamera berada dalam kereta.

Hari ni Raya ke 4, berkesempatan juga berjumpa Rizal 9w2KRR dan isterinya Rafidah 9w2DAK
di Taiping Central.
Pertemuan di kedai 24 jam ni turut serta Bob Azaini, Sahar dan Abu yang tiba lewat.

Bob 9w2BPT, Sahar 9W2NNR, Rizal 9W2KRR dan Rafidah 9W2DAK