::TERIMA KASIH RAKAN2 DI PERLIS::

Terima kasih kepada rakan-rakan radio amatur di Perlis kerana menyambut kami sempena Kayuh Pecah Lemak Raya (KPLR) 2009 pada 17 & 18 Okt . Kalau nak senarai kan nama ramai. Ada yang biasa terdengar audio di trannasional ASTRA, baru pulak bersua muka mengenali empunya callsign. Kami yang tiba di Home Stay pada jam 9 malam itu telah disambut meriah dengan dihidangkan nasi goreng, beranika kuih muih yang sedap-sedap. Lewat malam dihidangkan pula dengan air nira, dibawa oleh pak suhaimi IKU (maaf jika maklumat tak tepat)
Home Stay pun cantik dan selesa reka bentuk rumah kampung Melayu. Ruan dapur dan kaki lima yang bersimen sesuai untuk rakan-rakan basikal untuk memasang basikal masing-masing sebelum melelapkan mata. Kedudukan home stay ini tidak jauh daripada rumah 9W2CAN.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan Perlis dan Kedah 9W2SDU, 9W2IKU, 9W2CME dan 9W2KRE yang turut ikut berkonvoi dengan kereta mengikuti Support Car pasukan Radio Ham.



Sempat lagi malam bermuzakarah Bendahari ASTRA saudara Bob, bersama Pak Yop 9W2YR , Megat 9W2DMG dan rakan-rakan Perlis di anjung rumah .sebahagian daripada wajah dan suasana di Perlis. (untu lebih jelas sila klik)