Majlis Hari Jadi Harmonic 9W2AOC

Selepas habis kerja mengambil gambar di rumah mertua Hanafi 9W2FTT di kg expo, terus bergerak ke rumah Harun AOC untuk majlis hari jadi anaknya.. nampaknya sampai awal lepas tu baru la Victor VZO dan Jai ATD sampai.Katanya lepas tu ada acara lepas geram tembak menembak, tapi teman balik awal la pulak sebab dah kepenatan dan lenguh sana sini.

Sedikit foto sebagai tanda ingatan. Terima kasih bang Harun dan isterinya atas jemputan. Rajin betul buat majlis makan-makan untuk kawan-kawan :-)

Lepas makan bebudak ni main bola pulak. Teringat masa kecik-kecik dulu ada tiang gol kayu macam ni dan bola plastik itam putih dah cukup dah. dulu-dulu kongsi duit beli bola macam ni.