::Khabar untuk Rakan::

Jumaat kemarin aku dan Abang Bravo ke KL pulak. "Pasal apa aku pulak? Suka sangat libatkan aku" kata abang Bravo.

Sebelum sampai KL, kami singgah dahulu ke Kuala Kubu Bharu sebab aku ada barang nak tinggalkan kat rumah keluarga xyl aku kat situ. Sempat juga tango-tango dengan Hamidi 9w2MDP dan swal abang Boy dan abang Anuar. Kedai yang dipilih pun strategik .

Sampai di KL bertemu pula abang Halim HLM, Amirul AXS dan seorang lagi Saiful kot yang hendak ke Melaka dan juga Aki AKY dan Fazli BDZ . Apa lagi pekena makan-makan la kat kampung baru sampai jam 4 pagi. 

Aktiviti diteruskan dengan menghadiri bengkel berkaitan kamera di salah satu hotel kat area cau kit tu, jadi jangan heran lah kalau masa kat trans tu aku dan mereka ada di situ. Jangan cepat menuduh kata abang bravo lagi.

Hasrat nak tengok teater tak kesampaian kerana pertunjukan hari kedua dan akhir ditangguhkan. Jadi  aktivi lain la pulak nampak gayanya.  

Minta maaf kat pak yop terutamanya kerana tak dapat nak ke kelana jaya sebab ada urusan sedikit. 

                                                 Tajuk gambar "Dimana abang Bob berada?"